HomeSARAWAKBERITAPandelela menerima pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK) daripada Yang di-Pertua Negeri
randausarawak.net

Pandelela menerima pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK) daripada Yang di-Pertua Negeri

JASA DIHARGAI: Tun Salahuddin (tiga kiri) serta isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah (tengah) merakam kenangan bersama Pandelela (dua kanan), Taib (dua kiri) Pamg (kiri), Ragad (tiga kanan) dan Hartini (kanan).

Pandelela Rinong Pamg menerima pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK) daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahud­din semalam.Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu merupakan peneri­ma pingat JBK termuda di Sarawak, selepas berjaya mem­bawa balik pingat gangsa pada Sukan Olimpik yang lalu dalam acara terjun.


“Masa nak pergi ambil (anugerah) tadi saya rasa sangat gementar, malah lebih gemen­tar daripada terjun sebab saya pertama kali mendapat peng­hargaan sebegini,” katanya ke­tika ditemui pemberita selepas Istiadat Penyampaian Pingat di Astana Negeri, semalam.

Beliau turut ditemani oleh ibu bapanya, Pamg Joheng dan Hartini Lamim serta dua atlet kebangsaan Traisy Vivien Tukiet dan Bryan Nickson Lomas.

Hadir sama, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Pandelela turut mengucap­kan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Salahuddin atas penghormatan tersebut.

“Ia juga merupakan kebang­gaan keluarga saya dan warga Bidayuh,” katanya.

Mengenai biasiswa daripada kerajaan negeri, katanya beliau hanya akan melanjutkan pela­jaran setelah berjaya mendap­atkan semula fokus terhadap pelajaran.

“Tumpuan sekarang masih kepada latihan. Tetapi meman­dangkan selepas Olimpik (lalu) tidak ada sukan lain sehingga tahun depan, saya dapat fokus kepada pelajaran,” katanya.

Ditanya beliau akan melan­jutkan pelajaran dalam bidang apa, Pandelela sekadar mem­beritahu:

“Tidak tahu. Belum kenal pasti apa yang saya minat tetapi apa yang pasti, saya tidak suka Matematik Tambahan,” ka­tanya secara berseloroh.

Sementara itu, ayahnya Pamg memberitahu bahawa mereka sekeluarga amat ber­besar hati atas anugerah yang dikurniakan Tun Salahuddin.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya berasa amat berbangga, lebih-lebih lagi ini kali per­tama mendapat anugerah,” katanya.

Manakala Menteri Muda Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan pencapa­ian Pandelela merupakan bukti ‘tidak ada apa yang mustahil’, sekiranya seseorang berbekal­kan kecekalan untuk berjaya.

“Daripada maklumat yang saya dapat, Pandelela berasal daripada keluarga yang susah tetapi dengan kecekalan dan azam tinggi, beliau kini men­jadi seorang yang berjaya.“Saya berharap golongan belia boleh mendapat inspirasi daripada beliau lebih-lebih lagi setelah beliau diberi penghar­gaan dalam bentuk insentif oleh kerajaan negeri,” katanya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida