Parlimen: Dewan Rakyat kecoh isu peruntukan wakil rakyat

    1
    Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah, mengenai isu peruntukan kepada wakil rakyat.
    Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan), Datuk Md Farid Md Rafik ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berkata, kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kawasan Parlimen pembangkang.
    “Perkara ini merupakan satu titik permulaan yang cukup baik, ini tahun pertama pelaksanaannya, ia masih terbuka kepada penambahbaikan,” katanya.
    Beliau berkata, peruntukan itu boleh ditambah baik bergantung kepada kemampuan kerajaan.
    Tambahnya, peruntukan khas bagi ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan pula adalah berjumlah RM1.5 juta, manakala RM300,000 bagi peruntukan pengurusan pejabat untuk menguruskan pusat khidmat rakyat. – Bernama
    Loading...

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here