HomePRN SARAWAKPAS abai pendirian BERSATU dan PN, mahu bertanding juga di PRN Sarawak
randausarawak.net

PAS abai pendirian BERSATU dan PN, mahu bertanding juga di PRN Sarawak

PAS mengambil keputusan bertanding pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak selepas mengambil kira Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan komponen Perikatan Nasional (PN), kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.


Katanya, GPS hanya berperanan sebagai parti mesra dengan kerajaan Pusat sahaja.

“GPS bukan komponen dalam PN. Mereka hanya mesra dengan kerajaan pusat, jadi saya fikir tujuannya bukan untuk menstabilkan politik di peringkat Pusat.

“Bagi PAS, yang menjadi komponen dalam PN dan Bersatu, kita sambut baik bukan sahaja Sabah dan Sarawak, malah mana-mana pihak yang menyokong kestabilan politik negara,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan bahawa PAS menentang GPS dalam PRN berkenaan.

Beliau berkata, setiap parti politik mempunyai hak untuk bertanding dan PAS juga ada keperluan berbuat demikian.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, walaupun jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan pada PRN Sarawak masih dalam penelitian, PAS akan bertanding kurang daripada 11 kerusi, tidak seperti PRN Sarawak sebelum ini.

“Jumlah kerusi masih sedang diteliti, namun ia tidak besar. Dulu kita bertanding sebanyak 11 kerusi, tapi kali ini mungkin tak sampai jumlah tersebut untuk melepaskan angin orang politik,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, PAS juga mahu melihat prestasi petugas yang perlu diberi latihan susulan PRN Sarawak dijalankan dalam keadaan norma baharu.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida