Pegawai Komando Malaysia Meninggal Ketika Demontrasi

11

Seorang anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Zahir Armaya dilaporkan maut semasa melakukan demonstrasi keupayaan semasa Markas Briged ke-5 Infantri di Lok Kawi, pagi tadi.

Mangsa yang merupakan seorang anak seniman veteran tanah air, A.R Badul telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada pukul 9.20 pagi tadi. Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dan akan disolatkan di masjid yang sama.

Allahyarham merupakan anggota yang berpengalaman dalam melakukan demonstrasi keupayaan dan video demontrasi tersebut pernah tular di media sosial sebelum ini.

menurut laporan kejadian awal, mangsa ketika itu sedang melakukan aksi CQB dimana mangsa dan seorang pegawai lain melakukan aksi tembak menembak dan mereka turut menggunakan vest keselamatan kalis peluru. –

alfatihah untuk wira negara..

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here