HomeSARAWAKBERITAPelajar UNIMAS dipercayai dibunuh
randausarawak.net

Pelajar UNIMAS dipercayai dibunuh

Siti Najwa Atikah Azhar,


KUCHING: Mayat seorang pelajar wanita ditemui dalam parit di kampus universiti berkenaan di Kota Samarahan di sini lewat hari ini dan dipercayai dibunuh.

OCPD Samarahan DSP Lee Chong Chern yang mengesahkan kes itu malam ini berkata, mayat itu ditemuI kira-kira 6 petang dan telah dihantar ke hospital besar di sini untuk bedah siasat.

…………..

Mayat pelajar Unimas ditemui terapung dalam parit

KOTA SAMARAHAN: Polis menemui mayat seorang wanita dalam hutan di kawasan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) petang semalam, berkemungkinan mayat seorang pelajar universiti berkenaan yang dilaporkan hilang baru-baru ini.

Pelajar tersebut, Siti Najwa Atikah Azhar, 19, dikatakan hilang sejak 5 Januari lalu.

Selain itu, mangsa yang ber-asal dari Pulau Pinang juga sepatutnya pulang bercuti ke negeri asalnya pada 12 Januari lalu.

“Mangsa hilang sejak 5 Januari lalu, apabila dia dikatakan tidak hadir peperiksaan pada hari berkenaan dan dia yang sepatutnya pulang ke Pulau Pinang juga tidak menaiki pesawat pada 12 Januari lalu seperti yang dijadualkan,” kata sumber.

Justeru, satu laporan polis  telah dibuat oleh pihak universiti dan keluarga mangsa berhubung perkara tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat wanita berkenaan.

Bagaimanapun Lee tidak dapat mengesahkan bahawa mayat itu adalah Siti Najwa Atikah kerana ia sudah reput.

“Sebelum ini kami ada menerima laporan berhubung kejadian di mana mangsa dilaporkan hilang dan kami telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa serta-merta,”katanya sambil menambah operasi tersebut semalam turut menggunakan khidmat anjing pengesan.

Beberapa anggota polis daripada Unit Forensik juga telah dikejarkan ke tempat penemuan mayat itu untuk menjalankan siasatan.

Mayat yang reput itu kemudian telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes tersebut setakat ini hanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Operasi tersebut turut disertai anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Sukarelawan Malaysia(RELA),Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Unit Keselamatan UNIMAS.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida