Pencuci Kubah Masjid Yang Digelar ‘ The Unsung Hero ‘

9

‘The Unsung Hero’ atau wira tak didendang. Itu gelaran diberikan netizen kepada dua pekerja yang membersihkan kubah Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching yang tular di media sosial, semalam.

Bukan mudah untuk berada di puncak setinggi itu namun kegigihan dua pekerja pencuci bangunan melakukan tugas dalam keadaan panas terik nyata membuatkan netizen kagum.

Melalui Instgram milik Kosmo Online yang memuat naik gambar berkenaan menyatakan kekaguman mereka mengenai tugas-tugas mencuci kubah masjid yang berkonsepkan reka bentuk masjid di Istanbul telah dibina pada tahun 1987 masihi.

Memetik laporan Islam Grid, pembinaannya siap pada tahun 1990 masihi dengan reka bentuk bumbung empat persegi bujur dilengkapi dengan sebuah kubuh utama dan empat puluh kubah kecil.

Masjid ini didirikan di atas sebidang tanah berkeluasan kira-kira 100 ekar dan kini menjadi mercu tanda kebanggaan kepada penduduk Sarawak.

Dikategorikan sebagai masjid gred khas dan boleh menampung 10,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Kubah utamanya dihiasi dengan mozek dan jubin manakala di sebelah dalamnya pula diletakkan kerawang bermotifkan geometri.

Tiang-tiang yang menyokong kubuh-kubah kecil kelihatan seperti kedudukan tangan sewaktu berdoa.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here