HomeSARAWAKBERITAPenjawat Awam Berperanan Besar Jayakan Program Tranformasi Kerajaan
randausarawak.net

Penjawat Awam Berperanan Besar Jayakan Program Tranformasi Kerajaan

Datuk Fadillah Yusof

KUCHING, 7 Nov  — Langkah Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam bagi meringankan beban kewangan kerajaan adalah tidak tepat pada masanya, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.


Beliau berkata bagi menjayakan Program Tranformasi Kerajaan (GTP) peranan penjawat awam amat besar dan penting kerana ia melibatkan semua sektor dalam kerajaan.

“(DAP) Cakap memang senang, tapi kerajaan Barisan Nasional (BN) ada rancangan yang perlukan kesinambungan seperti GTP, dan tidak dinafikan ia melibatkan penjawat awam,” katanya kepada pemberita ketika mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP Tony Pua baru-baru ini bahawa kerajaan parti itu akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Fadillah ketika ditemui selepas majlis penyerahan daging korban di Surau Darul Ibadah Jalan Astana hari ini berkata apa yang lebih penting ialah menambah baik peranan serta fungsi perkhidmatan awam sejajar program transformasi yang ingin dilaksanakan kerajaan.

Katanya, kerajaan mengambil pendapat semua pihak dalam melaksanakan program pembangunan negara, termasuk penjawat awam selain sektor swasta dan rakyat secara keseluruhan.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida