Periuk Kera Menjadi Tandas Haiwan? Ini kenyataan Pakar

15

Benarkah Periuk Kera menjadi tempat untuk haiwan seperti tupai dan kelawar membuang najis menjadi perdebatan netizen muktakhir ini.

Ianya menjadi topis perbualan apabila tularnya cerita mengenai lemang/ketupat periuk kera yang dijadikan juadah di di hari raya yang bakal disambut beberapa hari .

Menerusi catatan seorang pakar dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr. Hafidzi di laman facebooknya, menceritakan simbiobis diantara beberapa spesis haiwan dan juga tumbuhan berkenaan.

Catatan Dr Hafidzi :-

Dapatan kelawar dan Tupai muncung (Tupaia sp – tree shrew/bukan sebangsa tupai) mempunyai hubungan mutualistic (saling memanfaatkan) dengan periuk kera (Nephentes sp) dan sudah lama diketahui dalam dunia sains. Haiwan mamalia ini bukan menjadikan periuk kera sebagai tandas, tetapi tempat berlindung (roosting) bagi kelawar dan sumber makanan (nectar) bagi tupai muncung. Makanan periuk kera adalah serangga (yang terjatuh dalam mangkuk yang licin dan dihadam dengan jus pencernaan kuat yang dirembes oleh tumbuhan tersebut) Ia adalah sejenis tumbuhan karnivora. Tetapi di habitat yang serangga kurang maka periuk kera mempunyai mekanisme yang unik untuk mendapatkan makanan.

1. Bentuk daun penutup mangkuk terbina sangat berkesan untuk memantul gelombang ultrasonik kelawar yang menggunakan echolocation. Kelawar akan menggunakan mangkuk periuk kera sebagai tempat yang selesa untuk berlindung (roosting), sekaligus membuang najis (guano) dengan kandungan nitrate yang tinggi. Ia sebagai ganti kepada protein yang diperolehi dari menghadamkan serangga.

2. Tupai muncung pula tertarik dengan nektar (manisan) yang terdapat pada permukaan penutup mangkuk kera. Dan rekabentuk bukaan periuk kera itu pula serasi dan boleh menampung tubuh tupai muncong tersebut. Dalam posisi sedemikian haiwan tadi membuang najisnya dan menjadi sumber makanan tumbuhan periuk kera.

Bagi tumbuhan periuk kera dari spesies tertentu yang mendapat nutrien dari mamalia tersebut pokoknya lebih subur dan besar.

Bukan sahaja najis menjadi sumber makanan periuk kera tetapi juga haiwan seperti katak yang terperangkap dan tidak dapat melepaskan diri kerana permukaan yang licin.

Maklumat ini sudah tentu diketahui oleh masyarakat orang asal di Tanah melayu, sabah sarawak dan seluruh nusantara.

Nenek moyang kita juga tidak pernah menggunakan periuk kera sebagai bekas untuk nembakar/mengukus pulut/lemang. Mereka lebih tahu sumber asli yang mana sesuai dan mana yang tidak bukan sahaja dari sudut kebersihan tetapi juga dari sudut kelestarian alam sekitar. Periuk kera penting sebagai unsur keseimbangan ekosistem.

Dari segi hukum, najis tadi sudah diproses dan diserap dalam bentuk protein untuk tumbesaran pokok. Jika dibersihkan mungkin tidak timbul isu najis atau status halal-haramnya (apakah fatwa harus dikeluarkan untuk menjelaskan kedudukan hukum – wallahu a’lam). Namun sudah jutaan tahun periuk kera ada dalam sistem hutan tropika kita (sekurang kurangnya 200 juta tahun) tak ada pula leluhur kita menggunakannya sebagai bekas untuk memasak nasi/pulut. Buluh memang kita sudah sedia maklum

Sekonyong konyong dekad kedua milenia kedua orang mengutip periuk kera sebagai hasil hutan untuk bakar/kukus pulut? Sebab itu kearifan tempatan (local wisdom) sangat penting. Memandang sepi kebijaksanaan ‘Alam Terkambang Jadikan Guru’ akhirnya mengundang kecelaruan dalam menjaga kesejahteraan biodiversiti jelasnya di akhir catitan.

Dr Hafidzi Mohd Noor

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here