HomeSARAWAKPOLITIKPerpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
randausarawak.net

Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB – Uggah

“Kita memiliki pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendengar suara anda semua di konvensyen nanti.

SERIAN — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tulang belakang Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak boleh membenarkan wujudnya perpecahan dalaman yang boleh melemahkan parti.


Timbalan Presiden PBB yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak selepas Sarawak berdepan peningkatan perhatian terhadap pencapaian dan tuntutannya.

“Apabila perpecahan berlaku, ia menandakan permulaan kejatuhan parti. Kita perlu mengelak dengan apa jua cara sekalipun, terutama pada masa ini, kerana ramai yang iri hati dengan apa yang telah dikecapi oleh Sarawak dan apa yang kita terus tuntut di bawah MA63 (Perjanjian Malaysia 1963),” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat PBB Cawangan Balai Ringin di sini hari ini.

Beliau berkata semua ahli parti itu perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam usaha beliau untuk mempertahankan hak negeri itu termasuk yang berkaitan dengan pelantar benua Sarawak yang termaktub dalam MA63.

“Premier dengan jelas menyatakan bahawa hak-hak Sarawak tidak boleh dicabuli. PBB perlu menjadi peneraju dalam menggerakkan sokongan untuk mempertahankan hak-hak ini,” katanya.

Uggah berkata semua cawangan PBB boleh memberi sumbangan dalam memperkukuh pendirian Sarawak untuk mempertahankan haknya dengan menjadikannya sebagai resolusi utama dalam konvensyen parti yang akan diadakan pada Februari depan.

Sementara itu, beliau turut menyeru agar cawangan-cawangan parti itu mengemukakan resolusi yang mencerminkan keperluan dan aspirasi sebenar mereka dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup.

“Kita memiliki pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendengar suara anda semua di konvensyen nanti,” katanya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida