HomeSARAWAKBERITAPesawat Latihan Singapura Tergelincir Di Lapangan Terbang Sibu
randausarawak.net

Pesawat Latihan Singapura Tergelincir Di Lapangan Terbang Sibu

Pesawat Latihan Singapura Tergelincir Sibu


SIBU: Sebuah pesawat latihan penerbangan King Air C90B dari Seletar, Singapura tergelincir di landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu di sini kira-kira pukul 12 tengah Isnin.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, penerbangan tidak berjadual itu membawa seorang juruterbang warga Singapura dan dua pelatih warga asing.

“Ia terpesong ke luar kawasan rumput semasa mendarat di landasan 13. Ketiga-tiga orang di dalam pesawat tidak cedera,” katanya pada sidang media di pejabat Sibu Airport Management di sini.

Tujuh penerbangan terjejas selepas pengurusan lapangan terbang itu menutup landasan untuk mengeluarkan pesawat sejurus selepas kejadian dan landasan dibuka semula pada 3.05 petang selepas pesawat itu dikeluarkan.

Zainuddin berkata, penerbangan ke Johor Baharu yang dijadual berlepas pada 11.50 pagi dijadual semula untuk berlepas pada 4.05 petang manakala penerbangan dari Kuching terpaksa berpatah balik selepas landasan itu ditutup.

Beliau berkata, Pejabat Penerbangan Awam dan Kementerian Pengangkutan sedang meyiasat punca kejadian.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida