HomeSARAWAKBERITAPM Ismail Sabri diharap beri tumpuan hak Sabah, Sarawak seperti termaktub MA63
randausarawak.net

PM Ismail Sabri diharap beri tumpuan hak Sabah, Sarawak seperti termaktub MA63

Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kepimpinan baharu Persekutuan yang bakal dibentuk diharap dapat memberi tumpuan terhadap hak-hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Rata-rata pemimpin dan ahli politik dari Sabah dan Sarawak turut menzahirkan harapan dengan pelantikan itu juga dapat menghentikan kemelut politik seterusnya kerajaan baharu dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha menangani pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata kerajaan negeri menyokong penuh pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri dan mengharapkan hubungan dengan kerajaan persekutuan akan membuahkan hasil, bukan hanya untuk mempercepatkan usaha membangunkan negeri itu, malah antara lain mengambil kira hak-hak Sabah.

“Kami akan meneruskan perjuangan ini dan isu-isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan Sabah juga akan diteruskan. Sekarang pergolakan kepimpinan di peringkat Persekutuan telah diselesaikan.

“Marilah kita semua bersatu, mengetepikan perbezaan dan terus bergerak untuk memerangi pandemik COVID-19 serta membangun kembali ekonomi kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berharap tiada lagi kemelut politik atau perebutan jawatan akan berlaku selepas ini dan kepimpinan baharu yang bakal dilantik kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kita mahu perdana menteri dan menteri yang akan dilantik akan mengutamakan perkara yang paling penting pada masa kini iaitu masalah COVID-19…bagaimana membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat pandemik ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup dalam satu kenyataan berkata parti itu sebagai komponen Barisan Nasional(BN) menyokong penuh pelantikan itu dan yakin dengan kemampuan Ismail Sabri berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran kerajaan.

Parti Bersatu Sabah (PBS) President Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan Ismail Sabri sebagai pilihan tepat bagi mengisi kekosongan kepimpinan dan sebagai perdana menteri beliau telah menunjukkan keupayaan kepimpinannya dalam tempoh 17 bulan dalam kerajaan terdahulu.

“PBS berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau terutama mengenai keperluan pembangunan dan keselamatan Sabah serta menyelesaikan perkara tertangguh berkaitan MA63,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata semua parti politik yang menyokong pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tidak boleh mendesak jawatan dalam pembentukan Jemaah Menteri baharu.

Sebaliknya, katanya, mereka perlu terus bersatu dalam  membantu Ismail Sabri menangani isu-isu semasa kerana beliau memikul tanggungjawab besar dalam menyelesaikan pandemik COVID-19.

“Justeru, saya menggesa semua parti politik memberi kerjasama penuh dan sokong perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ismail Sabri dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas penting mentadbir negara pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin dengan kemampuan Ismail Sabri untuk menerajui negara ketika dalam suasana sukar ketika ini.

Timbalan Pengerusinya Aidel Lariwoo berharap dengan kepimpinan Ismail Sabri, Malaysia mampu memerangi pandemik COVID-19 yang semakin meruncing serta menyelaras pemulihan ekonomi.

“Adalah menjadi harapan kami agar kerajaan Persekutuan baharu akan bersatu dan mempunyai kepentingan terbaik untuk rakyat.

“Ini bersama-sama dengan meneruskan usaha kerajaan terdahulu dalam mengembalikan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam MA63, Persekutuan Perlembagaan dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962,” katanya.

— BERNAMA

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida