HomeSARAWAKBERITAPolis selesai kes tembak bunuh di Balingian, Sarawak
randausarawak.net

Polis selesai kes tembak bunuh di Balingian, Sarawak

MUKAH: Polis Sarawak menyelesaikan kes tembak dan bunuh di Balingian, Mukah Isnin lalu dengan menahan lelaki di rumah panjang Sungai Arip, Balingian, Mukah hari ini.


Suspek berusia 54 tahun itu ditahan 2.30 petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek turut membawa polis ke satu kawasan semak berhampiran rumah panjang iaitu lokasi dia menyembunyikan senapang patah yang digunakan untuk menembak mangsa.

Menurutnya, pada 12.30 tengah hari tadi, sembilan lelaki termasuk empat yang dikehendaki berusia 18 hingga 45 tahun menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri.

“Suspek yang ditahan ini akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, setakat ini 22 individu ditangkap berhubung kes ini iaitu 10 penduduk rumah panjang dan 12 lelaki dari Miri.

Pada 5.35 petang Isnin lalu, polis Sibu dimaklumkan orang awam mengenai kejadian tembak itu dan pasukan IPD Tatau yang sampai di tempat kejadian kira-kira 8 malam, menemui mayat lelaki memegang parang, tertiarap di atas jalan di simpang masuk ke Ladang Sungai Arip.

Mangsa yang mempunyai kesan luka pada kepala dan badan dipercayai akibat tembakan dan tetakan dengan benda tajam dikenali sebagai Fabian Janti Lebau, 26, berasal dari Miri.

Kejayaan Polis Sarawak ini turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengucapkan tahniah melalui akaun Twitternya, hari ini.

SUSPEK kes tembak dan bunuh yang ditahan (atas) dan senapang patah yang ditemui. FOTO ihsan Polis
SUSPEK kes tembak dan bunuh yang ditahan (atas) dan senapang patah yang ditemui. FOTO ihsan Polis

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida