HomePRN SARAWAKPRN Sarawak: Kekerapan penerbangan Miri ke Lawas, Limbang ditambah - Wee Ka...
randausarawak.net

PRN Sarawak: Kekerapan penerbangan Miri ke Lawas, Limbang ditambah – Wee Ka Siong

MIRI — Kekerapan penerbangan dari Miri ke Lawas dan Limbang akan ditambah ekoran rungutan daripada pengguna yang menghadapi kesukaran mendapatkan tiket laluan udara ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kekerapan penerbangan di Sarawak akan bertambah bermula 11 hingga 31 Dis ini melibatkan sebanyak 307 penerbangan.

ā€œSaya sudah mengarahkan Mavcom (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) mengkaji situasi ini kerana kita perlu menambah bilangan penerbangan (ke Lawas dan Limbang) dan meningkatkan kebolehcapaian orang ramai dari satu tempat ke tempat yang lain,ā€ katanya pada satu sidang media selepas merasmikan bangunan baharu Pejabat Laut Miri, Jabatan Laut Wilayah Sarawak di sini, hari ini.

Mengenai pejabat baharu berkenaan, Wee berkata projek Kerajaan Persekutuan bernilai RM9 juta itu telah siap sepenuhnya Ogos tahun lepas dengan reka bentuk terkini serta dilengkapi kemudahan pejabat yang moden dan mampu menempatkan seramai 40 kakitangan.

Beliau juga maklumkan Kementerian Pengangkutan komited dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan terbaik kepada seluruh warga Keluarga Malaysia.

Terbaharu katanya, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan sebahagian Jeti Pejabat Laut di Sarikei yang dianggarkan bernilai RM3.6 juta.

ā€œJeti baharu di Sarikei itu berupaya mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta meningkatkan aktiviti pemantauan keselamatan navigasi di sepanjang perairan Sarikei,ā€ katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 18 Dis ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak, hari penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal pula ditetapkan pada 14 Dis.

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

ęƒŠé­‚é¬¼ęœˆ ꗠäŗŗ驾驶č½æč½¦č”—å¤“ä¹±ę’ž

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida