HomePRN SARAWAKPRN Sarawak - Taib Mahmud Serah Nama Calon?
randausarawak.net

PRN Sarawak – Taib Mahmud Serah Nama Calon?

 


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya.

Difahamkan pertemuan itu bagi menyerahkan senarai nama calon Barisan Nasional yang akan bertanding pada pilihanraya umum negeri Sarawak ke-10, 16 April ini.

Beliau tiba 2:55 petang di pejabat Perdana Menteri, di Perdana Putra kelihatan menaiki kenderaan berwarna putih.

Turut kelihatan, 2 lagi kenderaan berwarna kelabu dan hitam membawa pemimpin parti komponen negeri.

Mereka ialah Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Progresif Bersatu Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Datuk Seri William Mawan Ikom dan Presiden Parti Rakyat Sarawak, Datuk Seri Dr James Masing.

Pertemuan lebih 3 jam itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan 28 mac lalu.

Proses penamaan calon dijadual 6 April ini, manakala pengundian 16 April akan datang.

Ia bagi merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri.

 

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida