PRN11: Kompromi atau guna logo sendiri kata Adenan

0

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menegaskan bahawa dua parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri dan parti serpihan masing-masing perlu menyelesaikan segera pertikaian mereka.

Sehingga kini Sarawak United People’s Party (SUPP) dan serpihannya United People’s Party (UPP) serta Sarawak Progresive Democratic Party (SPDP) dan serpihannya Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) masih gagal  menyelesaikan pertikaian berhubung kerusi yang hendak ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

Parti-parti terbabit katanya, tidak boleh menggunakan logo BN pada PRN11 jika gagal berkompromi di antara satu sama.

“Jadi saya akan beri guna logo parti hanya kepada ahli-ahli pasukan saya seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri.

“Sesiapa yang menentang, terpulang kepada mereka, tetapi mereka tidak boleh guna logo dacing, perlu guna simbol mereka sendiri,” katanya yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas merasmikan Program Memperkasa Jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 bagi PBB bagi Zon 10 merangkumi kawasan DUN Nangka, Pelawan, Bukit Assek, Dudong dan Bawang Assan.

Menurut Adenan, PBB masih mengekalkan harapan untuk memenangi 40 kerusi yang bakal ditandingi parti itu nanti.

“Dulu (PRN10-2011), PBB berjaya memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandingi. (Kali ini) kita bertanding di 40 kerusi dan kita perlu juga memenangi kesemua kerusi berkenaan,” tegasnya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here