PRN11: PM akan tentukan calon – Adenan

0

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak untuk memilih calon tertentu pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Beliau berkata, keputusan muktamad untuk memilih calon Barisan Nasional (BN) hanya akan dibuat oleh beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Biarlah mereka (parti komponen BN) mengumumkan calon mereka ketika ini kerana akhirnya nanti, kita (beliau dan Najib) akan bagi keputusan.

“Sekarang mereka berebut nak jadi calon, nak guna lambang dacing (BN) dan ini bermakna lambang itu memiliki kekuatan di Sarawak sehingga semua berebut untuk mewakilinya,” katanya pada program Bersama Ketua Menteri Sarawak ‘Tanyalah Tok Nan”, yang disiarkan secara langsung di TV1, malam Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pengantara, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar mengenai kemelut dalaman antara parti komponen BN dan parti mesra BN yang kini berebut untuk meletakkan calon mewakili BN.

Adenan berkata, jika kemelut itu gagal diselesaikan menjelang PRN-11, tidak mustahil BN akan meletakkan calon langsung.

“Tiada maknanya kita memberi kerusi kepada parti komponen, tetapi akhirnya calon mereka kalah.

“Lebih baik kita letakkan calon Bebas sebagai calon langsung BN dan apabila menang, terpulanglah kepada beliau untuk memilih komponen mana,” katanya.

Mengenai keyakinan untuk menang besar pada PRN-11, Adenan berkata, beliau amat yakin dengan sokongan pengundi ketika ini.

“Kalau boleh kita nak menang semua 82 kawasan, tetapi kita harus realistik dan mengakui ada kawasan yang pembangkang kuat,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here