HomePRN SARAWAK#PRNSarawak: Anak arwah Tok Nan bakal bertanding di Tanjong Datu
randausarawak.net

#PRNSarawak: Anak arwah Tok Nan bakal bertanding di Tanjong Datu

LUNDU: Anak bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem (Tok Nan), Azizul Annuar Adenan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.


Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata keputusan itu dibuat kerana penyandang kerusi itu yang juga balu kepada Tok Nan iaitu Datuk Amar Jamilah Anu mahu mengundur diri serta memberikan ruang kepada Azizul.

“Kami di Parti Pesaka Bumiputera (PBB) sendiri mahu orang muda… adalah wajar kami memberi laluan kepada anaknya untuk meneruskan wawasannya (Allahyarham Adenan Satem). Saya rasa beliau (Azizul) sudah bersedia, beliau berbakat, mempunyai latar belakang… saya tak kisah nak bagi tahu, beliau ada karakter, macam bapa dia juga.

“Saya beri bayangan tadi dan saya akan sahkan pada 3 Disember nanti. Selalunya bayang-bayangan akan jadi benar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Kecemerlangan Teknikal SarawakCentex Lundu di sini.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Abang Johari berkata pada PRN kali ini, beliau mahu menampilkan calon orang muda kerana mereka berpotensi di samping melatih mereka untuk memimpin Sarawak di masa hadapan.

“Kami (GPS) bagi pendedahan bagaimana untuk menguruskan politik yang stabil, bagaimana menguruskan pembangunan yang memberikan kesan kepada rakyat… apakah kualiti pimpinan yang mesti ada, Alhamdulilah kita dalam parti (PBB) kita ada pimpinan yang kita latih.

“Kita bekerja dalam satu pasukan, lagi-lagi pasukan besar bernama GPS, bukan senang memimpin Sarawak … kita mesti adil kerana rakyatnya berbilang kaum, agama, budaya dan keturunan,” katanya.

Jamilah Anu menang kerusi DUN Tanjong Datu pada PRN Sarawak 2017, menggantikan Allahyarham Adenan yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung. – BERNAMA

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida