HomePRN SARAWAK#PRNSarawak: SPR sasar 70 peratus keluar mengundi
randausarawak.net

#PRNSarawak: SPR sasar 70 peratus keluar mengundi

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.


Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini pada Rabu.

“Bagi menggalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi, SPR akan melaksanakan kempen ‘Jom Kita Undi’.

“Ia termasuk melalui pelbagai saluran media termasuk di media elektronik, media sosial, hebahan melalui siar raya dan pemasangan kain rentang di lokasi-lokasi strategik tumpuan awam dan tempat-tempat lain yang bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan media sama, Abdul Ghani berkata Garis Panduan Pencegahan COVID-19 bagi tujuan PRN Sarawak Ke-12 sedang dikemaskini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara ( MKN ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS).

Garis panduan itu, katanya akan dimaklumkan setelah dimuktamadkan kelak.

Dalam masa yang sama, Abdu Ghani berkata SPR akan meneruskan penambahbaikan pada PRN Sarawak ke-12.

Ia termasuk menyediakan saluran khusus bagi pengundi yang berumur 60 tahun dan ke atas di setiap Pusat Mengundi.

“Selain itu, memanjangkan tempoh masa pengundian selama 30 minit dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Pengundi-pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) akan mengundi di Saluran 1. Seramai 13,871 orang pengundi OKU telah dikenal pasti dan mereka adalah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” tambah beliau.

Abdul Ghani berkata, syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori Luar Negara seperti yang dilaksanakan sebelum ini turut dimansuhkan.

Syarat-syarat tersebut adalah bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

“Selain itu, pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu, SPR menetapkan 18 Disember depan sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-12.

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida