HomePRN SARAWAKPRU15 Diadakan Serentak Dengan PRN Sabah, Sarawak Kata Sumber
randausarawak.net

PRU15 Diadakan Serentak Dengan PRN Sabah, Sarawak Kata Sumber

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.


Menurut sumber terdekat dengan UMNO yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, ia bagi membolehkan PRU15 di jalankan serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah dan Sarawak.

“Pelbagai kemungkinan sedang di ambil kira dan perbincangan mengenainya juga telah dijalankan dengan parti-parti politik yang pro kerajaan.

“Antara yang dibincangkan sebelum ini, kebolehupayaan SPR mengendalikan PRU15 sekaligus mengawal penularan wabak Covid19,” katanya.

Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu turut berkata keputusan untuk mengadakan PRU15 itu telah berada di peringkat akhir.

“Insyallah sekiranya semua berjalan dengan lancar, PM akan mengadap YDP Agong dalam masa terdekat bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan parlimen,” katanya lagi.

Untuk rekod PRN Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 dan tempoh akhir untuk mengadakan PRN berikutnya ialah pada Julai 2021.

PRN Sarawak sebelum ini diadakan setahun lebih awal daripada tarikh penggal dewan undangan negerinya berakhir.

Ini kerana sekiranya berlaku sedikit perubahan sokongan ahli parlimen, kerajaan pimpinan Muhyiddin bakal tumbang pada bila-bila.

Kegagalan mendapatkan undi bagi meluluskan sebarang rang undang-undang kerajaan di Dewan Rakyat juga akan memberi isyarat bahawa Muhyiddin tidak lagi menikmati sokongan majoriti.

Beberapa penganalisa politik sebelum ini turut menyifatkan kerajaan Pakatan Nasional (PN) diibaratkan sebagai ‘dihujung tanduk’ kerana hanya mempunyai majoriti dua kerusi parlimen.

Menurut Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Sauffiyan Hassan, indikator utama yang menunjukkan PRU15 semakin jelas kelihatan apabila kerajaan berjaya mengawal ancaman wabak Covid-19.

Beliau berkata, jika prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang sebelum ini dapat dipatuhi dan berkesan, sudah pasti SOP sama akan digunakan pada PRU15. – SuaraTV

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida