Putrajaya Harus Segara Naik Taraf Jalan Serian Ke Tebedu – Ahli Parlimen Serian

3

Putrajaya harus segera untuk menaik taraf jalan raya yang menghubungkan Serian ke Tebedu,   mohon Ahli Parlimen Serian, YB Dato’ Sri Dr.Richard Riot hari ini.

katanya  Ibukota Indonesia akan dipindahkan ke kalimantan Timur dan ianya terletak di Kepulauan Borneo dan jalan Serian ke Tebedu ini merupakan satu-satunya pintu masuk untuk keluar masuk dari Sarawak ( Malaysia) melalui darat ke Indonesia iaitu melalui Kalimantan.

Walaupun Kerajaan memberikan alasan bahawa jalan ini tidak menepati syarat, namun saya berpendapat bahawa menarik jalan Serian ke Tebedu ini amat-amat diperlukan katanya lagi ketika membangkitkan soalan tambahan di parlimen hari ini.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Richard, Timbalan Menteri Kerjaraya, Mohd Annuar Mohd Tahir berkata jalan yang menghubungkan Serian ke Tebedu ini terletak di kategori A yang bermasuk tiada “Blockspots” dan tidak sibuk dimana sekitar 2509 kenderaan sahaja yang menggunakannya setiap hari.

 

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here