Rompak Wang GST :- Menteri Kewangan Terselamat Dari Dirujuk Ke Jawatankuasa Parlimen

2

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof berkata Lim Guan Eng tidak akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas dakwaan menteri kewangan itu mengelirukan dewan berhubung isu pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Tiada unsur prima facie (dalam kes) Bagan yang juga menteri kewangan bahawa beliau mengelirukan dewan,” katanya merujuk Lim yang merupakan ahli Parlimen Bagan.

Ariff berkata, keputusannya dibuat selepas mengkaji laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan kenyataan Lim pada Ogos 2018.

Ogos tahun lalu, Lim mendakwa tabung amanah pembayaran balik GST kekurangan hampir RM18 bilion, di mana hanya kira-kira RM1.5 bilion masih berada dalam akaun itu.

Beliau turut mendakwa 121,429 syarikat dan individu belum menerima pembayaran balik GST sebanyak RM19.4 bilion sejak 2015 menyebabkan ramai tertanya-tanya mengapa bayaran itu lewat.

Katanya, Najib Razak selaku menteri kewangan ketika itu mempunyai kuasa menghentikan pemindahan RM19.25 bilion ke kumpulan wang disatukan untuk pembayaran balik GST daripada RM82.9 bilion yang diminta Jabatan Kastam.

Isnin lalu, ketua pembangkang, Ismail Sabri Yaakob menggesa Lim dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas dakwaan kenyataannya berhubung isu pembayaran balik GST yang mengelirukan Dewan Rakyat.

Katanya, kenyataan Lim di Dewan Rakyat pada 8 Ogos 2018 yang mendakwa kutipan GST “dirompak” kerajaan terdahulu ialah satu pembohongan kerana laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan tiada kehilangan wang daripada kutipan cukai itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said mencadangkan Lim menarik balik perkataan “perompak dan merompak”.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here