HomeSARAWAKBERITARuntuhan Batu Halang Usaha Keluarkan Mayat Pencari Emas
randausarawak.net

Runtuhan Batu Halang Usaha Keluarkan Mayat Pencari Emas


BAU (Sarawak) — Usaha mengeluarkan mayat lelaki berusia 37 tahun yang meninggal dunia ketika mencari emas di sini semalam terhalang apabila ketulan batu besar runtuh di sepanjang laluan yang digunakan pasukan penyelamat.

Ketua Polis Bau DSP Mohd Sabri Zainol memberitahu Bernama polis dan anggota penyelamat yang menyertai pasukan itu terpaksa menangguhkan operasi tengah hari Khamis apabila bertan-tan batu jatuh ketika mereka hampir sampai ke kedudukan mayat Lee Sze Chun, yang ditindih ketulan batu di dalam terowong yang digali di Gunung Tubai, kira-kira enam kilometer dari sini.

“Demi keselamatan para penyelamat, saya minta operasi dihentikan pada pukul 4 petang. Saya tidak nampak ada cara lain untuk meneruskannya,” kata beliau sambil menjelaskan bahawa satu mesyuarat akan diadakan di sini esok untuk merangka langkah seterusnya.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui anggota keluarga mangsa yang menyaksikan operasi berkenaan sejak pukul 9 pagi.

Beberapa peralatan menyelamat juga tertimbus apabila bahagian bumbung terowong sedalam lebih 30 meter itu runtuh, katanya.

Sebahagian ahli keluarga Lee Sze Chun, 37, tidak dapat menahan kesedihan hari ini apabila mayat Lee gagal dikeluarkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat serta penduduk kampung dari di dalam terowong sedalam kira-kira 12 meter ketika sedang melombong emas secara haram pada pagi dua hari lalu di kaki Gunung Tabai, Bau
Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat hari ini berusaha mengeluarkan mayat Lee Sze Chun, 37
Sebahagian ahli keluarga Lee Sze Chun

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida