Sah Maszlee Malik Lepas Jawatan mulai 3 jan 2020

5

Segala persoalan yang timbul mengenai status Jawatan Menteri Pendidikan akhirnya terjawab sebentar tadi apabila Menterinya, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatannya berkuatkuasa 3 Januari 2020 sebentar tadi.

Dalam pengumumannya sebentar tadi, Maszlee mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memberinya peluang menerajui kementerian tersebut.

Katanya sepertimana yang dijelaskan beliau dilihat telah menimbulkan banyak isu yang mungkin boleh menjejaskan krediabiliti kerajaan PH.

” saya jelaskan pada awal, saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma”

Walaubagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam 3 kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’.

katanya lagi  keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu. Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama.

” Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YAB Tun Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi KPM. Ia adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai pendidik dan aktivis akademia ”

Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada beliau dan parti saya, PPBM.

Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020 katanya mengakhiri sidang medianya di Kementerian Pendidikan sebentar tadi.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here