HomeSARAWAKBERITASambutan Merdeka di Sibu ceria dengan Pandelela
randausarawak.net

Sambutan Merdeka di Sibu ceria dengan Pandelela

SIBU – Kehadiran pemenang pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik London, Pandelela Rinong Pamg pada sambutan hari kemerdekaan ke-55 peringkat negeri di sini tahun ini membawa keceriaan di kalangan 10,000 peserta di dataran bandar ini.


Yang Dipertua negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Norkiah, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib adalah antara yang hadir.

Bercakap pada majlis itu, Taib mengucapkan perhargaan atas kehadiran Pandelela, yang disifatkan sebagai “simbol kemerdekaan kita selepas 55 tahun di mana dengan keupayaan mdapat mencapai arena sukan dunia Olimpik”.

“Anda adalah simbol kegigihan, rakyat Malaysia yang bekerja bagi semua kaum di Sarawak.

Melalui semangat dedikasi dan ketabahan, anda telah mencapai tahap dunia dalam sukan kerana anda gigih untuk mencapai apa yang anda anggapnya sebagai perjuangan anda,” katanya dengan diringi sorakan orang ramai.

Pandelela menyumbang pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform wanita pada temasya Sukan Olimpik London

Taib berkata tahun ini akan diingati sebagai tahun bagi negeri ini untuk memulakan kehidupan baru yang lebih progresif berdasarkan kepada penekanan yang lebih kepada perindustrian melalui koridor pembangunan wilayah SCORE (Koridor tenaga Diperbaharu Sarawak) dan luar daripada asas pertanian dan perkayuan tradisionalnya.

Sebelum itu, Pandelela diberi penghormatan membaca prinsip-prinsip Rukun Negara dan kemudian menyerahkan skrol itu kepada Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida