HomeSARAWAKBERITASarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’
randausarawak.net

Sarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang bekerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) bagi membangunkan aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara real time’ atau data masa nyata.


Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.

Katanya kerajaan Sarawak sentiasa bersedia mempelopori penggunaan teknologi terkini dalam mana-mana bidang.

“Secara amnya, (buat masa ini) dron dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) digunakan untuk membuat pemerhatian dan merekodkan taburan buaya dan sarang buaya.

VIDEO berkaitan:

“Walau bagaimanapun, kita perlu akur yang kita perlu berkongsi habitat dengan buaya dan kita perlu mengambil langkah bersesuaian untuk mengurangkan risiko serangan buaya,” katanya menjawab soalan Mohd Chee Kadir (GPS-Kabong) semasa sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Mohd Chee mahu tahu apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil kerajaan negeri bagi mengatasi ancaman serangan buaya di Sarawak.

Len Talif berkata dari tahun 2020 hingga kini, SFC telah menjalankan sebanyak 107 operasi dan 95 ekor buaya telah ditangkap serta 482 biji telur telah dipindahkan.

“Dari tahun 2020 hingga tahun 2022, sebanyak 77 lesen pemburuan buaya telah dikeluarkan.

“Program Kesedaran 3M (mengetahui, memahami dan memulihara) Buaya juga sentiasa dianjurkan di kawasan-kawasan mempunyai kehadiran buaya dan papan tanda amaran kehadiran buaya diletakkan di kawasan strategik,” katanya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida