Sarawak Catat Pendapatan RM2.2B di Suku Pertama 2019

0

Sarawak mencatat hasil pendapatan berjumlah RM2.219 bilion iaitu 21.1 peratus daripada anggaran keseluruhan hasil untuk 2019 iaitu RM10.513 bilion pada suku pertama tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua, YB Dato Sri Wong Soon Koh berkata kutipan hasil ini diterima daripada pampasan tunai dari minyak dan gas.

“Kutipan hasil ini dijangka meningkat menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kewangan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke 18, semalam.

Jelas Dato Sri Wong lagi, bagi suku pertama tahun 2019, sebanyak RM2.874 bilion atau 27.7 peratus bagi perbelanjaan biasa daripada RM10.390 bilion jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dijangkakan.

Katanya, daripada jumlah tersebut (RM2.874 bilion) RM0.799 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus manakala baki RM2.075 bilion diperuntukan bagi Akaun Dana Pembangunan.

Manakala, bagi perbelanjaan pembangunan, beliau berkata RM1.691 bilion atau 18.6 peratus daripada peruntukan diluluskan iaitu RM9.073 bilion dibelanjakan untuk suku pertama tahun ini.

“Perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat secara berperingkat seiring dengan aktiviti-aktiviti yang sedang dilaksanakan sepanjang tahun,” tambahnya.

Mengenai pengurusan kewangan negeri pula Wong berkata akaun kewangan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2018, Sarawak sekali lagi mencatatkan Bil Sijil Kesihatan Bersih dan pencapaian itu adalah bagi 17 tahun berturut-turut.

Katanya, penarafan kredit pelaburan terpuji juga kekal pada A3 dan A-penarafan yang diberikan oleh agensi antarabangsa, Moody dan Standard and Poor.

“Pencapaian ini merupakan testimoni amalan pengurusan kewangan Sarawak yang baik dengan mengamalkan kewangan cermat dan berdisiplin di semua peringkat.

“Kami akan terus memperkukuhkan pengurusan kewangan strategik dengan penanda aras serta mengguna pakai amalan terbaik, menggunakan teknologi terkini serta bina upaya untuk mencapai pengurusan cemerlang dan tadbir urus baik,” ujarnya.- Serawak voice

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here