HomeSARAWAKCOVID-19Satu kluster upacara pengebumian dikesan di Sarawak
randausarawak.net

Satu kluster upacara pengebumian dikesan di Sarawak

Jabatan Kesihatan Sarawak mengesan satu kluster yang berpunca daripada perhimpunan semasa upacara pengebumian, dikenali Kluster Lorong 3 Kampung Siol Kandis.


Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini, jangkitan dikesan berlaku melalui upacara pengebumian dan sembahyang antara 2 dan 4 Jun serta pada 12 Jun dalam kalangan individu dan ahli keluarga yang menghadiri upacara tersebut.

“Sejumlah 123 individu telah disaring dengan 45 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 78 orang didapati negatif. Kesemua kes positif telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19) di daerah Kuching,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Kluster Jalan Haji Lampam di daerah Miri ditamatkan setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari. Hingga hari ini masih terdapat 95 kluster aktif di Sarawak.

Sarawak merekodkan 544 kes baharu COVID-19 hari ini,  menjadikan angka keseluruhan kes sebanyak 65,395. Turut dilaporkan empat kematian baharu akibat jangkitan wabak itu, menjadikan angka kematian kumulatif kini berjumlah 413 orang.

Tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Rumah Was Anak Jenteng di Tatau (30 Jun hingga 13 Julai); Rumah Nyandang (Meradong) dari 1 hingga 17 Julai dan Kampung Mongkos (Serian) dari 2 hingga 15 Julai.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida