Wednesday, November 27, 2024

Selepas berjaya selamat rakan, guru baik hati rentung dalam kebakaran melibatkan kuater guru SK Batu Bungan, Miri

Seorang guru baik hati rentung sewaktu mahu menyelamatkan rakannya dalam kebakaran di sebuah kuarters di Miri.

Catherine Janet Tiwi, 25, terperangkap ketika cuba menyelamat Syuhadah Azhari, 27, yang melecur 20 peratus di bahagian muka dan badan.

Afifah Azhari, kakak mangsa, memuji keberanian mendiang sewaktu kejadian di kuarters Sekolah Kebangsaan Batu Bungan, Mulu kira-kira 5 pagi tadi.

“Yang paling menyedihkan dia telah selamat keluar awalnya dan masuk semula untuk menyelamatkan adik namun dia yang terkorban.

“Adik selalu bercerita pasal arwah Catherine, rakan serumahnya yang baik. Terima kasih Catherine,” coretnya di Facebook.

“Jasa Catherine kami kenang sampai bila-bila. Tenanglah Catherine di sana.”

Dihuni lapan individu, kuarters itu musnah sepenuhnya, menyebabkan dua melecur sementara yang lain menyelamatkan diri, lapor Berita Harian.

Mendiang, anak seorang anggota bomba Sarawak, ditemui rentung ketika operasi memadam kebakaran dilakukan pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohamad memberi kata-kata semangat buat bapa mendiang, Tiwi Nios.

“Namun kita terpaksa reda bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

“Tidak dapat saya bayangkan akan rasa kehilangan yang diharungi saudara dan keluarga,” katanya di Facebook.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular