Selepas Letak Jawatan PM, Tun M Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

15

DR Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak lama selepas menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perletakan jawatannya diumumkan oleh Pejabat Pengerusi Bersatu dalam satu kenyataan sebentar tadi.

“Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu hari ini,” kata kenyataan itu. – 24 Februari, 2020.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here