Siapakah Bakal Bergelar Kumang Gawai 2019

11

Hanya 10 daripada 18 peserta berjaya mengharungi pusingan pemilihan Finalis Kumang 2019 yang diadakan di Lake Side, Permai baru-baru ini

Sepuluh finalis yang dipilih akan berpeluang merebut gelaran Kumang Gawai 2019 yang bakal diadakan di Hotel Kingwood pada 19 Mei ini.

Pertandingan tersebut anjuran Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dengan kerjasama Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), SDNU Sibu, SDNU Rejang, SDNU Sibu Jaya dan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu.

Juara Kumang Gawai 2019 bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM2,000, mahkota, selampai, tropi, hamper dan jambak bunga.

Manakala Lulong (tempat kedua) akan memenangi wang tunai RM1,500, selampai, tropi dan hamper dan Selinggar Matahari (tempat ketiga) akan membawa pulang wang tunai RM1,000, selampai, tropi dan hamper.

Pemenang hadiah sagu hati iaitu tempat keempat dan kelima bakal membawa pulang wang tunai RM250 sementara tempat keenam hingga ke-10 akan membawa pulang RM150 setiap seorang.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here