Siasat Video ?? Ini Respon Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu

6

Sprm akan menyiasat laporan secara profesional dan tidak berpihak kepada sesiapa kata Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu latheefa Koya.

Latheefa Koya yang baru dilantik mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan terlibat dalam sebarang tindakan susulan daripada laporan dibuat anggota Majlis Tertinggi Umno ke atas seorang menteri kabinet PH.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pesuruhjaya SPRM itu memberitahu siasatan terhadap aduan dibuat Lokman Noor Adam berkenaan – serta aduan lain – akan dijalankan secara profesional.

“SPRM akan menyiasat semua laporan secara profesional dan tidak berpihak kepada sesiapa,” katanya.

Latheefa yang sebelum ini menjadi antara pemimpin kanan PKR dan meninggalkan parti berkenaan sebelum memulakan tugasnya memberitahu, aduan daripada Lokman itu akan dikendalikan timbalannya.

Mengikut susunan hierarki, ada tiga orang timbalan di bawah Latheefa dan Azam Baki bertanggungjawab untuk hal-hal berkaitan siasatan.

“Saya tidak akan terlibat dalam apa-apa cara, sama ada siasatan atau membuat keputusan,” kata Latheefa.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here