HomeNASIONALSiasatan dibuat jika ada bukti netbook 1Malaysia dijual
randausarawak.net

Siasatan dibuat jika ada bukti netbook 1Malaysia dijual

netbook-1malaysiaSARIKEI: Timbalan Menteri Pen­erangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata terdapat dakwaan sebelum ini ada pihak yang menawarkan untuk menjual netbook 1Malaysia. Tetapi beliau berkata tiada bukti untuk mengesahkan tindakan mereka itu dan untuk menjalankan siasatan.


“Dan sekarang dakwaan itu ber­bangkit semula dan dipaparkan di Fa­cebook di mana mereka menawarkan untuk menjual netbook antara RM100 dan RM300.

“Saya tidak tahu sama ada ini adalah benar sebab sesiapa sahaja boleh papar­kan jualan di Facebook. Ini boleh jadi penipuan. Bagaimana seseorang boleh mempunyai banyak netbook untuk dijual?” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas isu itu di sini malam kelmarin yang dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai baru-baru ini.

Salang berkata netbook itu diberi ke­pada rakyat yang memerlukannya.

“Saya tidak fikir mereka yang berkenaan harus mengambil jalan pintas untuk mendapat beberapa ratus ringgit, kerana mereka tidak akan dapat nilai daripada manfaat memiliki netbook itu,” katanya.

Terdahulu ketika menghadiri majlis ‘1Malaysia Bersama Pemimpin’ di Ru­mah Geramong di Nanga Ayam, Julau, Salang berkata BN adalah kerajaan yang berjiwa rakyat yang berhak men­dapat sokongan mereka pada pilihan raya akan datang.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida