HomeSARAWAKBERITASPRM Sarawak Tahan Pemilik Syarikat Bot Ekspres 'Kawan Mas' Yang Karam Tahun...
randausarawak.net

SPRM Sarawak Tahan Pemilik Syarikat Bot Ekspres ‘Kawan Mas’ Yang Karam Tahun Lalu

Bot-Karam-Belaga-Sarawak-1


KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat bot ekspres ‘Kawan Mas’, bot ekspres yang karam di Sungai Rajang, berhampiran Giam Bungan di Belaga, 28 Mei tahun lalu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan diesel bersubsidi.

Pengarah SPRM negeri Datuk Bahri Mohamad Zin berkata lelaki itu ditahan 6 petang Selasa hasil siasatan unit risikan SPRM selepas bot yang membawa 222 penumpang dalam perjalanan dari Bakun di pekan Belaga menuju Kapit itu karam, kejadian yang turut mengakibatkan tiga penumpang maut.
“Selepas siasatan hampir setahun, pemilik syarikat terbabit seorang lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Sibu petang Selasa.

“Pemilik bot didapati mempunyai enam buah bot ekspres, keenam-enam bot menerima subsidi minyak kerajaan. Mengikut syarat subsidi keenam-enam bot perlu beroperasi, tetapi kerana mengejar keuntungan empat bot tidak beroperasi, hanya dua digerakkan untuk membawa penumpang termasuk apabila tiba musim perayaan,” katanya.

Akibat tindakan itu, bot yang diberi kebenaran membawa hanya 64 penumpang, kerap kali terpaksa membawa penumpang berlebihan sehingga ada yang terpaksa duduk di atas bumbung bot terutama pada musim perayaan, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Bahri juga berkata hasil siasatan awal mendapati diesel bersubsidi dijual kepada pihak industri, kilang-kilang balak di Sibu dan Kapit, malahan siasatan mendapati diesel bersubsidi itu turut dijual kepada pihak luar menerusi transaksi di perairan negara.

“SPRM percaya kegiatan ini sudah lama berlaku. Insiden bot karam itu telah menjadi sebab kepada SPRM untuk melakukan siasatan.
Berdasarkan pengalaman SPRM, syarikat itu sudah membuat ‘untung’ terlalu banyak,” katanya sambil menambah unit forensik perakaunan SPRM juga sedang menjalankan siasatan akaun syarikat terbabit.

Bahri berkata selain siasatan unit forensik perakaunan SPRM, pihaknya juga mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mendapatkan semua dokumen tuntutan dibuat syarikat terbabit bagi membuktikan sebahagian minyak diesel bersubsidi itu dijual kepada pihak tidak berkelayakan untuk membelinya.

SPRM kini sedang mendapatkan reman ke atas lelaki berkenaan dan kesalahan pemilik syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, katanya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida