HomeSARAWAKBERITASuspek kes bunuh Nurul Asikin direman lanjut hingga 29 Disember
randausarawak.net

Suspek kes bunuh Nurul Asikin direman lanjut hingga 29 Disember

"Suspek juga mengaku mengambil barang kemas mangsa iaitu gelang tangan emas dan anting-anting emas untuk digadai.

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan lanjutan reman selama tujuh hari iaitu sehingga 29 Disember 2024 ke atas lelaki berusia 23 tahun yang disyaki membunuh Nurul Asikin Lan.


Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuching Nursyaheeqa Nazwa Radzali memerintahkan demikian berikutan tempoh tahanan reman ke atas suspek tamat hari ini.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Nurul Asikin yang dalam keadaan reput ditemui orang awam di dalam parit di Jalan Setia Raja dekat sini sekitar jam 9 malam pada 14 Disember, membawa kepada penahanan suspek pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan pada Rabu memberitahu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat itu adalah Nurul Asikin.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, berdasarkan pengakuan suspek kepada polis ketika disoal siasat, dia didakwa membunuh mangsa kerana memerlukan wang untuk membayar kos perjalanan ke Kemboja bagi menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Kemboja.

Beliau berkata, ia merupakan perlawanan Malaysia pada Kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di Phnom Penh, Kemboja pada 8 Disember lalu.

Macha menambah, suspek telah meminta barang kemas si mati iaitu gelang dan anting-anting emas untuk digadai.

“Motif pembunuhan tersebut diketahui selepas suspek yang kini ditahan reman mengaku melakukan perbuatan itu (membunuh mangsa) semasa disoal siasat.

“Suspek juga mengaku mengambil barang kemas mangsa iaitu gelang tangan emas dan anting-anting emas untuk digadai,” kata Macha.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida