Tambah Papan Tanda Mandarin Di Sarawak

2

Papan tanda dwibahasa yang memaparkan bahasa Mandarin perlu diperbanyakkan bagi menarik lebih ramai pelancong China kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak Datuk Lee Kim Shi

” usaha itu mampu mempermudahkan pelancong dari negara itu meneroka keindahan Sarawak” , lapor Berita Harian hari ini.

“Pakej pelancongan yang ditawarkan juga harus mempunyai terjemahan dalam bahasa asing yang mudah dibaca untuk memudahkan mereka memahami keunikan Sarawak,” katanya

Tambahnya, selain papan tanda dwibahasa, akses internet di negeri itu juga perlu ditambah baik terutama jalur lebar tanpa wayar.

“Pelancong gemar berkongsi keunikan yang mereka lihat menggunakan jalur lebar.

“Secara tidak langsung ia akan berpotensi sebagai promosi tambahan untuk Sarawak,” katanya lagi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here