HomeNASIONAL Tangani isu air; Kerajaan koordinasi peranan jabatan, agensi - Ahmad Zahid
randausarawak.net

[VIDEO] Tangani isu air; Kerajaan koordinasi peranan jabatan, agensi – Ahmad Zahid

SIK  — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan telah merancang beberapa langkah meminimumkan kesan cuaca panas kepada pengguna air domestik, industri dan pertanian, termasuk mengkoordinasikan peranan kementerian, jabatan dan agensi, selain kerajaan negeri.


“Monsun Barat Daya yang bermula semalam hingga akhir September, keprihatinan kami (kerajaan) adalah terhadap kekurangan air disebabkan musim kemarau yang melibatkan pengguna domestik, pertanian dan industri.

“Ini adalah kerana jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia, kita dapati bahawa kadar luruan hujan akan berkurangan disebabkan Monsun Barat Daya, maka langkah-langkah telah dilakukan antara kerajaan pusat khususnya melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau situasi terkini takungan air di Empangan Muda di sini hari ini.

Katanya koordinasi juga akan dilakukan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta syarikat pembekal atau badan pengurusan air di peringkat negeri bagi memastikan bekalan air untuk ketiga-tiga kategori pengguna tersebut mencukupi.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata terdapat tujuh sumber air iaitu dua di Kedah, dua di Perak, dua di Selangor dan satu di Sarawak yang dijangka akan terjejas pada musim panas Monsun Barat Daya ini.

Beliau berkata kerajaan menerusi bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia akan melakukan pembenihan awan di kawasan-kawasan tersebut sekiranya keadaan bertambah buruk.

Mengulas mengenai situasi di Empangan Muda, beliau berkata empangan itu ialah sumber air utama untuk Kedah dan Pulau Pinang yang sebahagian besarnya meliputi sektor pertanian.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) yang mempunyai takungan yang setakat ini mencukupi untuk kegunaan-kegunaan tertentu, menyalurkan air melalui terowong sejauh 6.8 kilometer dari Empangan Muda ke Empangan Pedu selain Empangan Beris juga.

“Ini satu langkah yang akan dikoordinasikan dengan kerajaan negeri, MADA, pihak berkuasa tempatan serta agensi lain yang berkaitan,” katanya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida