Skuad boling lelaki negara mencipta sejarah apabila buat pertama kali merangkul trofi Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Kowloon, Hong Kong hari ini.
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana dipercayai memandu kereta tanpa lesen dan mengakibatkan kemalangan yang meragut lima nyawa di Jalan Stutong Baru tengah hari tadi.
Sarawak mahu meluaskan langkah dalam bidang aeroangkasa menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo, Jepun untuk menghasilkan tekstil yang akan digunakan angkasawan.
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) selesai dimuktamadkan.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin tiada sebarang masalah akan timbul yang boleh menggugat keutuhan parti ketika peralihan kuasa suatu hari nanti.