HomeSARAWAKBERITATenaga Empangan Bakun mulai dijual kepada SESCo
randausarawak.net

Tenaga Empangan Bakun mulai dijual kepada SESCo


Empangan Bakun

KUCHING: Pemilik dan pemaju Empangan Hidroelektrik Bakun (Empangan Bakun), Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) dijangka menjual tenaganya kepada Syarikat Sesco Berhad pada 6 Ogos ini.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Ha-san dalam satu kenyataan medianya semalam berkata, setakat ini, hampir kesemua ujian sistem telah siap dilakukan kecuali ujian reliabiliti.

Menurut beliau, SHSB dijangka memulakan ujian reliabiliti pada 1 Julai 2011, yang akan mengambil masa sebulan sebelum Operasi Komersial dimulakan.

“Di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPT) antara SHSB dan Sesco, penyiapan unit untuk unit pertama bagi permulaan operasi komersialnya ialah pada 6 Ogos 2011,” katanya.

Ujian serentak untuk unit pertama  bagi sistem grid Sesco telah dijalankan pada 9 Jun lepas.

Selepas itu, SHSB memulakan ujian sistem yang sama, sebelum Unit 8 ditutup dari 19 hingga 24 Jun untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan sebelum menjalankan ujian reliabiliti.

Sementara itu, dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, Awang Tengah berkata, Kerajaan Persekutuan melalui SHSB menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPT) dengan Sesco untuk menjual elektrik dari Empangan Bakun kepada Sesco pada kadar 6.25 sen sekilowatt sejam dengan kenaikan tahunan sebanyak 1.5 peratus.

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida