HomeSARAWAKBERITATerminal bot ekspres sesak dengan penumpang mahu balik Gawai
randausarawak.net

Terminal bot ekspres sesak dengan penumpang mahu balik Gawai

SESAK: Salah satu terminal bot ekspres sesak dengan penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman meraikan Gawai

SIBU: Terminal Penumpang Sibu (TPS) di Jalan Maju di sini semalam, berada dalam keadaan sesak namun terkawal dengan para penumpang berpusu-pusu ingin pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Gawai Dayak.


Tinjauan di TPS yang menjadi pintu keluar ke Kapit dan Song semalam mendapati ke-adaan sama seperti tahun-tahun lepas, penuh dengan para penumpang yang menunggu bot ekspres berlepas.

Namun keadaan di situ tahun ini lebih terkawal apabila Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) memperkenalkan satu sistem baharu bagi mengawal para penumpang, sekali gus memberi keselesaan dan keselamatan kepada semua.

Menurut Ketua Penguat Kuasa dan Perundangan LSS Christopher Chan, LSS telah memperkenalkan satu sistem di mana setiap penumpang yang membeli tiket ekspres akan diberi satu pas untuk mem-bolehkan mereka memasuki ruang terminal.

“Tanpa pas ini, kami tidak akan membenarkan mereka (penumpang) berada di dalam terminal, seterusnya menaiki bot ekspres. Pada masa sama, mereka juga perlu mendaftarkan diri di kaunter yang kami sediakan.

“Semua ini kami lakukan demi keselamatan penumpang, sekali gus mengelakkan kejadian yang tidak diingini,†ujarnya ketika ditemui pemberita, semalam.

Chan memberitahu, sistem pas terbabit telah diperkenalkan bermula 25 hingga 31 Mei ini dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa demi keselesaan penumpang.

Beliau juga telah mengarahkan semua kakitangan LSS agar berhemah kepada semua penumpang, terutama kepada golongan kurang upaya, orang tua, kanak-kanak dan wanita, dengan memberi keutamaan kepada golongan terbabit untuk menaiki ekspres.

“Kami mahu semua penumpang pulang ke kampung halaman masing-masing dengan hati yang gembira,†jelasnya sambil menambah kira-kira 30 kakitangan LSS bertugas di TPS serta terminal-terminal penumpang berhampiran.

Di samping kakitangan LSS, turut membantu mengawal keadaan di TPS ialah anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Difahamkan semua mereka yang bertugas mengawal keadaan seawal jam 4 pagi sehingga bot ekspres terakhir berlepas ke Kapit pada jam 3 petang.

“Setakat ini, kerjasama yang diberikan oleh para penumpang amat baik,†ujar Chan sambil menasihati para penumpang agar menjaga keselamatan diri dan barangan mereka.

Sementara tinjauan di Terminal Pulau Babi di Jalan Khoo Peng Loong juga mendapati keadaan agak sesak dengan penumpang namun terkawal.

Terminal ini khusus bagi perjalanan bot ekspres menuju ke hilir Batang Rajang seperti Daro, Igan dan sebagainya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida