HomeSARAWAKBERITATiada Rancangan Tubuh Sebuah Lagi Parti Komponen - Taib
randausarawak.net

Tiada Rancangan Tubuh Sebuah Lagi Parti Komponen – Taib

Tan Sri Abdul Taib Mahmud

KUCHING, 31 Ogos  — Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak bercadang untuk menubuhkan sebuah lagi parti politik lebih-lebih apabila satu daripada parti komponennya mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya negeri pada April lepas, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Beliau berkata kaum Cina di Sarawak perlu memelihara perpaduan di kalangan mereka agar kepentingan mereka terbela.

Kenyataan beliau itu secara tidak langsung merujuk kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti kedua terbesar di Sarawak, yang mengalami kekalahan di 13 daripada 19 kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya negeri pada 16 April lepas.

“SUPP harus bertanya kepada diri sendiri apa yang mereka boleh lakukan untuk kaum Cina,” kata Taib yang juga Pengerusi BN negeri.

Terdahulu beliau menerima kunjungan kira-kira 1,000 anggota Persekutan Persatuan Chiang Chuan Sarawak dan Persekutuan Persatuan Tujuh Keluarga pada rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Ketika ditanya sama ada penubuhan persatuan keluarga di kalangan masyarakat Cina akan membantu mengembalikan keyakinan mereka terhadap BN, beliau berkata langkah itu ada kaitan dengan fabrik sosial dan keperluan untuk kembali kepada asas.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida