Tidak Perlu Peluru Berpandu, Ini Sahaja Menyebabkan Pesawat IAF ini Tewas

11

Siapa tidak tahu dengan kecanggihan peralatan ketenteraan yang dimiliki oleh Israel di dalam mengawal negara mereka

Salah satu peralatan canggih mereka ialah pesawat f-16 yang merupakan pesawat pejuang pelbagai peranan yang memasuki perkhidmatan pada tahun 1980, dan membentuk tulang belakang IAF hingga ke hari ini.

Terdapat pelbagai versi pesawat F16 milik IAF iaitu versi F-16a sehinggalah versi F-16I.

namun kuasa serta kecanggihan yang dimiliki mereka tidaklah setanding dengan kuasa alam yang lebih besar.

Portal tempatan melaporkan Banjir kilat akibat hujan lebat tidak dijangka selama 30 minit telah menyebabkan kesemua lapan jet tempur Tentera Udara Israel (IAF) rosak agak teruk pada minggu lalu.

Berita pelik itu didedahkan sebuah akhbar tempatan hari ini yang turut papar suasana banjir menenggelamkan hangar bawah tanah pasukan tersebut di pangkalan Hatzor selatan Israel seperti yang dilaporkan BebasNews hari ini. 

Menurut kenyataan seorang pegawai kanan IAF, dianggarkan 50 juta liter air hujan turun di kem terpencil rejim Zionis itu mengakibatkan banjir melimpahi landasan dan dua hangar pesawat.

Ia turut akui kesilapan tidak segera pindah jet F-16 terbabit ke kawasan selamat apabila hujan lebat tanpa henti dari 5 pagi hingga 5.30 pagi pada hari insiden berlaku Khamis minggu lepas.

Stesen penyiaran tempatan melaporkan paras banjir cecah 1.5 meter di dalam kawasan hangar dan arus deras retakkan dinding konkrit selain lapan buat pesawat tempur rosak dimasuki air.

“Kami tersilap tidak alihkan jet berkenaan kerana sangka hujan tidak begitu berbahaya. Ini jelas satu kesilapan tidak disengaja dan akan siasat untuk pastikan kes ini tidak berulang,” katanya.

Pangkalan itu mula beroperasi semula tiga hari kemudian dan segala kerosakan dijangka dapat dibaik pulih menjelang minggu depan dengan nilai kerugian dianggarkan puluhan juta shekel.

Kem berkenaan terletak tidak jauh dari dua anak sungai serta pernah alami banjir kecil pada 2013 dan 2015, namun insiden bah kilat kali ini memang di luar jangkaan pihak IAF sendiri.

Pegawai kanan tentera cuba sekat berita aib ini sebelum pengguna media sosial Israel gempar dua gambar tular keadaan jet IAF tenggelam di hangar pangkalan udara berusia 78 tahun itu.

Hujan lebat disusuli banjir minggu lalu mengorbankan puluhan nyawa apabila ramai pemandu kereta dihanyutkan arus manakala satu pasangan muda lemas dalam lif bangunan di Tel Aviv.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here