Tidak Sangka ini Punca Guru Rogol Pelajarnya Sendiri

10

Ibarat kata pepatah, Harapkan pegar, pegar memakan padi. itulah yang terjadi di Mahkamah sesyen hari ini apabila seorang guru dijatuhkan penjara 22 tahun dan empat sekatan apabila didapati bersalah merogol pelajarnya sendiri pada 2017

Muhaini Bojeng, 53, didakwa di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan dua sebatan.

Pertuduhan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan dua sebatan.

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad membuat keputusan itu berdasarkan hujah-hujah daripada Timbalan Pendakwa Raya Nor Azhari Yusof dan peguam tertuduh Wit Malang, di samping bimbang dengan jenayah seksual yang berlaku secara berleluasa dalam kalangan profesion keguruan.

Tertuduh katanya, wajar menjadi pembimbing namun sebaliknya dia menyalah guna kedudukannya, justeru hukuman setimpal harus dijatuhkan untuk mengelakkan perbuatan seumpama itu berulang.

Wit memohon penggantungan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan, dengan alasan Muhaini mempunyai penyakit-penyakit seperti masalah batuk kronik, diabeties dan darah tinggi.

Katanya lagi, adalah lebih mudah bagi tertuduh untuk menjalani rawatan di luar berbanding di penjara.

Wit turut berkata, Muhaini perlu mencari nafkah untuk keluarganya dengan meneruskan kelas tuisyennya.

Tertuduh mempunyai tanggungan tiga anak yang masih belajar.

Nor Azhari menyatakan adalah tidak relevan bagi tertuduh untuk memohon penangguhan hukuman sekiranya tertuduh mempunyai masalah kesihatan kerana penjara menyediakan kemudahan seperti ubat-ubatan, doktor dan klinik untuk banduan.

Beliau turut menjelaskan untuk membenarkan tertuduh kembali semula menjalankan kelas tuisyen adalah tidak wajar kerana tertuduh mungkin akan mengulangi perbuatannya.

Hakim menolak permohonan Wit kerana beranggapan tertuduh tidak layak diberikan penggantungan pelaksanaan hukuman di samping tertuduh gagal mengemukakan sebarang perakuan masalah kesihatan berbentuk sijil atau surat daripada doktor atau pakar.

Dia didakwa pada 25 April lepas atas dua pertuduhan merogol pelajarnya sendiri dalam sebuah kereta di kawasan letak kereta di hadapan sebuah pasar raya di Siburan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here