Wednesday, November 27, 2024

Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran di Miri

kebakaran-miri-3-maut

MIRI: Hasrat sebuah keluarga menyambut Tahun Baharu Cina esok tidak kesampaian selepas tiga daripada anggota keluarga itu mati dalam kebakaran di sebuah rumah pangsa di Permai Jaya, di sini awal pagi tadi.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa, termasuk dua wanita berketurunan Cina itu mati lemas akibat asap tebal selepas gagal mencari jalan keluar sejurus rumah mereka yang masih dalam proses pengubahsuaian terbakar kira-kira jam 1 pagi tadi.

Dua jentera bomba bersama 10 anggota, masing-masing Balai Bomba dan Penyelamat Miri dan Lopeng dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan mayat tiga sekeluarga itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufiyan Borhan mengesahkan anggota keluarga terbabit adalah korban pertama membabitkan kejadian kebakaran di negeri ini untuk tahun ini.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular