Top 5 – Calon-Calon Menteri Pendidikan Untuk Ganti Maszlee

8

Biarpun semalam sudah diputuskan oleh mesyuarat Kabinet tentang siapa sebenarnya yang akan memangku jawatan Menteri Pendidikan menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletakkan jawatan pada minggu lepas, namun di media sosial semua rakyat hangat memperkatakan calon calon ini untuk gantikan tempat Dr Maszlee itu.

Berikut adalah antara nama-nama yang kini hangat diperkatakan untuk menjadi Menteri Pendidikan yang baru

No. 5 – Dato Seri Mukhriz 

Dari utara tanahair, Ahli Parlimen Jerlun dan Menteri Besar Kedah ini disebut-sebut akan dibawa ke Putrajaya sebagai Menteri Pendidikan yang baru. Pelbagai teori mula keluar dengan menyatakan Kedah akan mendapat MB yang baru. Dua nama disebut-sebut gantikan Dato Seri Mukhriz di Kedah iaitu Dato Amiruddin Hamzah dan Johari Abdul.

Namun teori ini boleh tinggal teori sahajalah. Ianya hanyalah tekaan umum sahaja, nampak seakan tidak betul Dato Seri Mukhriz akan dibawa sebagai Menteri Pendidikan. Dato Seri Mukhriz akan kekal di Kedah sebagai MB Kedah.

No. 4 – Saifuddin Abdullah

Ada pula yang menyatakan Dato’ Saifuddin Abdullah akan dibawa ke Kementerian Pendidikan dari Kementerian Luar Negeri. Tempat Saifuddin akan diisi oleh salah seorang bekas Menteri dari PPBM dari negeri Perak. Saifuddin katanya akan ke tempat itu menggantikan Dr Maszlee kerana beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi suatu ketika dahulu.

Beliau juga masih lagi berhubung baik dengan penjawat penjawat utama di universiti. Barangkali tekaan ini juga meleset kerana kerusi Menteri Pendidikan itu adalah daripada PPBM sedangkan Saifuddin adalah daripada parti Amanah. Ramalan ini nampaknya kurang tepat.

No. 3 – Wan Saiful Wan Jan

Beliau adalah bekas calon PPBM untuk kerusi parlimen Pendang, namun tewas dalam PRU14 yang lepas. Selepas itu Wan Saiful dilantik sebagai Pengerusi PTPTN dan juga Penasihat kepada Dr Maszlee di Kementerian Pendidikan. Namun Wan Saiful melepaskan jawatan sebagai Penasihat Menteri Pendidikan beberapa bulan selepas itu.

Wan Saiful dilihat sebagai antara calon sesuai kerana latar belakang pendidikan dan beliau juga adalah antara pemimpin tertinggi daripada PPBM. Namun beliau bukanlah seorang ahli parlimen. Tidak menghairankan jika beliau dilantik sebagai Senator dan terus ke jawatan tersebut. Tun Mahathir suatu ketika dahulu pernah melantik Tan Sri Musa Mohamed pada tahun 1999 hingga tahun 2003 sebagai Menteri Pendidikan. Segalanya mungkin bagi Perdana Menteri, kerana kuasa melantik itu adalah ditangannya.

 

untuk melihat lagi 2 calon-calon yang hangat.. sila ke artikel selanjutnya..  

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here