HomeSARAWAKTuntutan terhadap Sarawak oleh kesultanan Sulu dipantau
randausarawak.net

Tuntutan terhadap Sarawak oleh kesultanan Sulu dipantau

Muka macam saya... badan pun macam saya.. tapi tang perut tak sama. hihihi
Muka macam saya… badan pun macam saya.. tapi tang perut tak sama. hihihi

KUCHING: Timbalan Ke-tua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam memberi jaminan polis akan memantau dengan rapat dan menyiasat sebarang maklumat berkaitan khabar angin mengatakan keturunan Ke-sultanan Sulu memperluas-kan tuntutannya ke Sarawak selepas menuntut Lahad Datu hak mereka.


Beliau berkata masalah ke-selamatan negara adalah tanggungjawab polis dan pihak-nya akan memastikan keselamatan rakyat serta negara terjamin.

“Kami sentiasa bersedia dan tahu apa yang sedang berlaku. Kami memantau dengan rapat sebarang kejadian, sebarang maklumat yang kami terima kami akan siasat, jangan risau,” katanya apabila diminta mengulas mengenai laporan akhbar tempatan mengenai tuntutan itu baru-baru ini.

Khalid menambah di pesisiran pantai, memang banyak pergerakan manusia, bukan sekarang sahaja orang luar datang dan mendarat, ini per-kara biasa di pantai-pantai di seluruh Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Jadi diharap itu jangan dijadikan khabar angin yang boleh menggemparkan ma-syarakat… ini sebabnya saya cakap jangan dengar atau percaya khabar-khabar angin,” tegasnya.

Beliau turut menasihati pihak yang gemar menyebarkan khabar angin khususnya dalam media sosial supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Sebarang maklumat yang ingin disampaikan harus di-salurkan terus kepada bilik gerakan polis dan siasatan terperinci dilakukan sehingga selesai, katanya.

Terdahulu beliau menghadiri upacara pengebumian negeri Mendiang DSP Michael Padel, 36, di Makam Pahlawan di sini.

Mendiang antara anggota polis yang terkorban dalam kejadian serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah Sabtu lepas (2 Februari 2013).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang ditemui selepas majlis sama turut menasihati rakyat negeri ini agar tidak mudah mempercayai khabar angin mengenai tuntutan keturunan Kesultanan Sulu ke atas Sarawak.

Beliau berkata tuntutan pihak berkenaan adalah tidak berasas dan khabar angin itu tidak seharusnya disebar ke-rana ia hanya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Orang boleh membuat sebarang tuntutan dan persoalannya adakah ia berasas… tuntutan mereka ini adalah ti-dak berasas.

“Kita akan mempertahan-kan kedaulatan negara kerana Malaysia adalah tanah air kita, tanah tumpah darah kita.

“Jadi nasihat saya, jangan mudah percaya dengan khabar angin seperti ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Jabu turut meminta media tempatan khasnya, agar tidak melaporkan berita yang tidak berasas dan diragui kesahihannya kerana tindakan seumpama itu hanya akan menimbulkan situasi tegang dalam kalangan rakyat.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan dengan memetik akhbar The Philipine Star sebagai berkata, pengasas kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari mendakwa, Sarawak juga merupakan sebahagian daripada tanah milik keturunan Kesultanan Sulu.

Misuari menambah, beliau serta kaum kerabatnya meru-pakan pemilik sebenar Sabah dan Sarawak.

Menurut pengasas kumpulan pemisah itu lagi, sejarah membuktikan Sabah dan Sarawak hak asal nenek mo-yangnya.

Misuari turut mengakui ahli keluarga dan anggota kumpulan MNLF antara anggota bersenjata yang menceroboh Lahad Datu, bagaimanapun menafikan kumpulannya yang memulakan serangan.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida