Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Usul tersebut diluluskan selepas undi belah bahagian yang dijalankan mendapati 130 Ahli Parlimen menyokong manakala 72 membantah.
Bahagian-bahagian pilihan raya negeri yang baharu di Sarawak seperti disyorkan SPR adalah seperti berikut:
* N.17 Stakan
* N.18 Serembu
* N.23 Bukit Semuja
* N.26 Gedong
* N.40 Kabong
* N.57 Tellian
* N.63 Bukit Goram
* N.66 Murum
* N.70 Salamaju
* N.78 Mulu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan pindaan nama ke atas kawasan Parlimen Mambong (P.198) di Sarawak kepada Parlimen Puncak Borneo.
Pindaan nama turut disyorkan ke atas empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu:
* N.19 daripada Bengoh ke Mambong
* N.34 daripada Batang Air ke Batang Ai
* N.41 daripada Belawai ke Kuala Rajang
* N.68 daripada Kidurong ke Tanjung Batu