Video Mukhriz Tidak Bersalam Tular

4

Tindakan Menteri Besar Kedah yang juga anak kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir yang dilihat enggan bersalam dengan Tengku Mahkota dan Sultan Johor tular di media sosial hari ini.

Video yang dirakamkan ketika Mukhriz sedang menuju mengadap YDP Agong bagi menyampaikan ucapan sembah takziah kepada keluarga DiRaja Pahang di atas kemangkatan almarhum Sultan Ahmad Shah semalam memperlihatkan Mukhriz hanya memberikan sembah tanpa menghulurkan tangan dan menyapa keluarga DiRaja Johor.

Tengku Mahkota Johor juga memuat naik di dalam status instastory nya mengenai perkara berkenaan.

Tangkapan layar dari Instatstory Tmj

Sementara itu, melalui komen-komen yang dibuat melalui video di facebook pula memperlihatkan komen-komen netizen yang merasakan tindakan Menteri Besar kedah itu biadap

Video yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook

Dh menunjuk kan keegoaan parti melayu bunga, ni mcm ke parti nk membela orang melayu, sedang kan dgn raja pon tk hormat langsung -Afendy Agus

Sememangnya Biadap…. Tak layak digelar MB – Ruzlan ramly

Belakang mukhriz tu ialah Yang Mulia Tunku Laksamana Kedah, adinda kepada Raja Muda Kedah, anaknda Sultan Kedah.

Anak Sultan Kedah pun reti hormat yang tua aih, ka mukhriz punya level lg tinggi gamaknya kot – Mohammad Hanif

Walaubagaimanapun , mungkin ada penjelasan tersendiri oleh Menteri Besar kedah itu dan diharapkan episod istana dan pimpinan kerajaan hari ini terus berlangsung dengan baik.
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here