HomeSARAWAK Paus jerung (whale shark) minta 'tolong' nelayan
randausarawak.net

[Video] Paus jerung (whale shark) minta ‘tolong’ nelayan

BINTULU – Seekor ikan paus meminta ‘pertolongan’ sekumpulan nelayan setelah badannya tersangkut pada seutas tali hingga menghalang pergerakannya.


Pendedahan menyayat hati itu dikongsi oleh Persatuan Haiwan Malaysia menerusi satu rakaman video 1 minit 53 saat dimuat naik di Facebook miliknya hingga tular di laman sosial.

Ikan paus itu dilihat menghampiri sebuah kapal untuk meminta bantuan dan rakaman itu dipercayai berlaku di Bintulu, Sarawak.

Setelah individu berjaya mengerat tali itu, ikan paus melibas ekornya sebagai tanda terima kasih kepada sekumpulan nelayan tersebut.

Persatuan Haiwan Malaysia dan netizen mengucapkan tahniah kepada kumpulan penyelamat tersebut.

Norjanatulhafiza Rusli Alhamdulillah menulis, “Terima kasih kepada yang membantu. Ikan tu pun tau ucap terima kasih dengan cara dia.”

Kata Yasmi Ismail, “Jutaan terima kasih buat semua yang bersusah payah menyelamatkan makhluk ALLAH tersebut. Semoga ALLAH jua menyelamatkan kehidupan anda. Sepantai kasih selaut sayang. Semoga cita rasa sayang tetap utuh dalam diri sesama makhluk ALLAH.”

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida