Video :- Penyeluk Saku Otai Kantoi

2

Tiga lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia ditangkap selepas disyaki melakukan jenayah seluk saku di Poliklinik Lanang, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 47 dan 52 tahun itu ditahan di poliklinik tersebut sekitar jam 9 pagi.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, polis telah membuat risikan dan intipan susulan di lokasi kejadian dan akhirnya berjaya memberkas tiga lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Stanley berkata, dua wanita warga emas berumur 63 dan 76 tahun serta seorang lelaki, 45, masing-masing membuat laporan polis di Balai Polis Lanang selepas dompet mereka hilang ketika berada di Poliklinik Lanang pada 9 Mei lalu.

Katanya, mangsa pertama melaporkan kehilangan dompetnya yang disimpan di dalam poket belakang seluarnya yang hilang dipercayai dicuri semasa berada di poliklinik itu.

“Pengadu kehilangan dompet, lesen memandu B2 dan lesen GDL, dua kad ATM dan wang tunai RM100

Manakala pengadu wanita berusia 76 tahun juga hilang dompet mengandungi wang tunai RM150 dan kad pengenalan yang disimpan di dalam beg semasa berada di ruangan menunggu,” tambahnya.

Stanley berkata, pengadu ketiga juga kehilangan dompet mengandungi wang tunai RM130 dan barang peribadi yang disimpan di poket seluar yang dipercayai ditoreh semasa berada di lokasi sama.

Menurut beliau, tiga suspek terbabit telah direman selama tiga hari sehingga 19 Mei bagi membantu siasatan lanjut pihak polis.

Difahamkan, kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” jelasnya – utusan Borneo

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here