HomeSARAWAKBERITA SEORANG MAUT, EMPAT PENGHUNI TERJUN RUMAH KEDAI TERBAKAR DI MIRI
randausarawak.net

[VIDEO] SEORANG MAUT, EMPAT PENGHUNI TERJUN RUMAH KEDAI TERBAKAR DI MIRI


MIRI – Empat penghuni yang menyewa di sebuah rumah kedai di Jalan Merbau di sini nekad terjun dari tingkat dua bangunan tersebut untuk menyelamatkan diri dari kebakaran di situ, namun seorang daripada mereka maut.

Kejadian kira-kira pukul 7.25 malam itu mengakibatkan seorang wanita, Huong Shi Fung, 20,  maut setelah mengalami kecederaan parah pada anggota badan.
Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata mangsa yang terkorban adalah seorang wanita yang dikenali sebagai Huong Siew Fong, 21, dari Marudi, Baram.
“Yang turut cedera dalam kejadian 6.50 malam itu ialah kakak mangsa iaitu Huong Siew Ching, 26, dan abangnya Huong How Chuang, 24,” katanya.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri, Ali Bema Jalek, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.28 malam.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian enam minit kemudian, pasukan bomba mendapati bangunan itu telah terbakar kira-kira 30 peratus.
“Kita dapati empat penghuni termasuk mangsa telah terjun dari tingkat dua rumah kedai itu sebelum pasukan bomba tiba.
“Mayatnya sudah dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Ali Bema memberitahu, punca kebakaran masih lagi disiasat dan operasi pemadaman api terkawal pada pukul 8.45 malam.
 

20170106-kebakaran-miri

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida